Social Icons

google plus email
Showing posts with label Zero To Hero. Show all posts
Showing posts with label Zero To Hero. Show all posts

Wednesday, 25 December 2013

From Zero to Hero - Dr. Azizan Osman

Disediakan oleh: Ahmad Iskandar Bin Ahmad Rashid


Nama : Dr. Azizan Bin Osman
Umur : 14 November 1974 di Kota Bharu, Kelantan
Pendidikan :
  • Diploma Analisa Pelaburan Universiti Teknologi Mara (UiTM) Segamat, Johor
  • Ijazah Sarjana Muda Kewangan
  • Sarjana Pemasaran University of Florida
  • Ijazah Doktor Falsafah Sains Metafizik, Gordon University, Florida.
Syarikat : Richworks Group Of Componies Sdn Bhd
Jawatan : Ketua Pegawai Eksekutif Richworks Sdn Bhd

MULANYA sekadar suka-suka dan minat, namun siapa sangka daripada tabiat itu, ia mengubah kehidupan dan status Dr Azizan Osman, 35, Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Richworks ResourcesSyarikat yang ditubuhkan tahun lalu itu menyediakan latihan atau kaedah mengenal diri melalui tarikh lahir, selain mengetahui potensi atau aura diri untuk dipraktikkan dalam kehidupan seharian dan kerjaya yang ingin diceburi.Mungkin bunyinya pelik apabila kaedah itu seperti fenomena yang melanda negara apabila lebih 10,000 orang mengikuti seminar kendalian Azizan walaupun belum sampai setahun operasi.Kejayaan berkenaan kebanggaan kepada anak jati Melaka itu, malah beliau berhasrat mensasarkan lebih ramai rakyat negara ini mengenali diri melalui kaedah terbabit.

“Program ini bukan sekadar membantu mengenali potensi diri tetapi boleh dipraktikkan dalam pekerjaan, memilih jodoh, menyambung pelajaran dan pelbagai lagi,” katanya. Sebenarnya, melihat latar belakang anak keempat daripada lima beradik itu, beliau bermula daripada minat apabila mengetahui teknik mengenal diri melalui tarikh lahir sejak di tingkatan tiga.“Saya mengetahui teknik ini melalui bacaan. Mulanya tidak serius sehingga saya bertemu pakar bidang ini, T Harve Eker dari Kanada. “Dia mentor saya dan untuk belajar dengannya, bayarannya bukan murah dan saya berulang-alik dari sini ke Singapura kerana kelas diadakan di sana,” katanya.

Sebelum menubuhkan syarikat sendiri, Azizan bekerja di pelbagai syarikat tetapi ditakdirkan rezekinya dalam bidang metafizik, tidak sampai setahun beliau mengecapi kejayaan dan tidak keterlaluan dikatakan kini berstatus jutawan. Begitupun, bertemu dan berbual dengannya, beliau tidak sombong atau bongkak, jauh sekali meninggi diri meskipun kini dalam kelas tersendiri. Menurutnya, beliau bukan orang senang dan disebabkan ‘pendidikan’ itu, beliau menyedari siapa dirinya. “Saya masih ingat pesanan emak masa saya kecil. Pernah minta dibelikan baju taekwando dan kereta kawalan jauh, emak kata, kalau nak beli, bila besar cari duit dan beli sendiri.“Ketika itu emak dan ayah tak mampu memenuhi kehendak kami kerana emak suri rumah, ayah pula berkhidmat di Jabatan Pengairan dan Saliran.

Kami kerap berpindah kerana mengikut ayah,” katanya. Begitupun, kata Azizan, beliau ‘tabik’ dengan bapanya, Osman Yusop, yang berfikiran jauh apabila menghantar mereka adik-beradik ke sekolah Cina. “Awalnya memang susah bersekolah di sini kerana kita tidak faham Bahasa Cina. Bagaimanapun, disiplin dan suasana belajar banyak mengubah dan membentuk diri saya.“Kerja sekolah tak pernah habis dan disiplin ketat. Disebabkan itu, saya pernah dapat nombor satu dalam kelas dan pernah juga dapat nombor terakhir,” katanya yang pernah menjadi juara pertandingan kaligrafi Cina peringkat kebangsaan.

Azizan berkata, meskipun ibu bapanya tidak pernah terbabit dalam perniagaan, lain pula dirinya apabila minat berniaga itu ada. “Saya mula ceburi bisnes ketika di UiTM Segamat apabila membekalkan bantal dan kalkulator kepada pelajar baru. Bila tiba pendaftaran, saya sewa satu lori penuh dengan bantal.“Selain itu saya ambil baju pelajar dan hantar ke kedai dobi di pekan Segamat. Kemudian saya upah rakan menjual nasi lemak dan nasi goreng yang diambil daripada orang lain,” katanya.Selepas tamat pengajian, Azizan bekerja di RHB Securities dan pada masa sama menjalankan aktiviti pelaburan. Begitupun, kegawatan ekonomi yang melanda 1997 menyebabkan pelaburan RM100,000, termasuk wang daripada rakan, mengalami kerugian.

Tidak sampai dua tahun bekerja, Azizan mengambil keputusan berhenti kerana mahu bekerja sendiri.“Sebab berhenti kerana saya berfikir berapa lama boleh bekerja di sini. Selepas itu saya buat pembungkusan produk herba di Melaka. Modal tiada langsung, namun bernasib baik kerana syarikat berkenaan beri deposit RM15,000,” katanya. Ketika perniagaan mula berkembang selepas dua tahun beroperasi, syarikatnya berdepan masalah apabila tiada modal pusingan dan pada 1999, Azizan terpaksa menutup operasi syarikat. “Selepas berhenti, saya pinjam kereta ayah, menghantar barangan yang dipesan orang. Saya cari juga kerja di tempat lain dan pada 2001 saya diterima bekerja di syarikat Cobra Group iaitu syarikat pengiklanan dan pemasaran antarabangsa cawangan Melaka,” katanya.

Di syarikat multinasional itu, Azizan bermula dari bawah iaitu menjual kad kredit sehingga dilantik pengurus projek yang menguruskan beberapa syarikat besar.Pada 2004, Azizan ditukarkan ke Kuala Lumpur dan cabaran mula dirasai sehingga beliau menitiskan air mata.“Bulan pertama pindah ke KL, saya tidak cukup duit kerana suasana masih baru dan belum berjaya membuat jualan seperti ditetapkan. Saya menangis dalam kereta kerana tidak cukup duit bayar sewa rumah dan kad kredit,” katanya. Begitupun, dugaan itu tidak mematahkan semangatnya, malah usaha keras Azizan berjaya mengangkat dirinya sehingga dilantik ke jawatan Pengurus Kanan pada 2005.“Sebagai pengurus, antara tanggungjawab saya ialah menemuduga dan melatih kakitangan baru. Dalam temuduga, saya praktikkan kaedah tarikh lahir dan 85 ke 95 peratus tepat.

“Pada April tahun lalu saya ditawarkan jawatan tinggi dan diberi pilihan ke Indonesia atau Hong Kong tetapi apabila berfikir balik, saya kini pada tahap maksimum dan terdetik juga apa sumbangan saya kepada bangsa,” katanya.Pada Jun tahun lalu, Azizan mengadakan kelas rahsia tarikh lahir di Bukit Bintang hanya membabitkan 12 orang dengan kos RM299 seorang.

Aktiviti sampingan itu dapat diketahui syarikat terbabit, sekali gus memberi kata dua.“Saya diberi pilihan sama ada untuk bekerja di syarikat itu atau meneruskan aktiviti saya. Selepas berfikir, saya berhenti kerja Jun tahun lalu dan memberi tumpuan sepenuhnya dalam program ini,” katanya.Sejak itu, nama Azizan Osman semakin dikenali dan setiap programnya mendapat sambutan. Daripada belasan yang hadir pada mulanya, kini mencecah ribuan orang hanya untuk mendengar celotehnya.

Wednesday, 18 December 2013

From Zero to Hero - Dato’ Maznah Hamid

Disediakan oleh : Siti Musalma Binti Madrus

TANPA keberanian, impian hanya tinggal impian..Inilah kata-kata hikmah Iron Lady Malaysia ini yang telah membawanya ke puncak kejayaan pada hari ini. Menjalankan perniagaan kawalan keselamatan menuntut keberanian yang luar biasa. Kata Pengarah Eksekutif, Kumpulan Securiforce Sdn. Bhd. (Securiforce), Datuk Maznah Hamid.

Maznah merupakan wanita pertama di Malaysia yang mengetuai sebuah syarikat kawalan keselamatan. Antara lain, Securiforce menyediakan perkhidmatan van sekuriti dan kawalan bangunan. Setelah beroperasi selama hampir 29 tahun, Securiforce kini bangga dapat menyaingi lebih 400 syarikat seumpamanya di negara ini.

“Orang mungkin lihat kami sudah berjaya dan kaya raya. Tetapi bagi kami, pencarian belum berakhir,”

Impikan waktu 36 jam sehari, Maznah mengakui, beliau dan suami suka mempelajari sesuatu yang baru. “Latihan secara praktikal dan pengalaman bekerja lebih penting berbanding segulung ijazah,” jelas beliau yang sering mengimpikan alangkah baiknya jika terdapat 36 jam dalam sehari berbanding 24 jam sahaja. Selain mengepalai syarikat keselamatan, Maznah juga terlibat dalam bidang hartanah dan pembangunan sumber manusia.

Sedikit sejarah hidup Datuk Maznah Hamid yang boleh dikongsi ialah permulaan beliau memulakan langkah pertama dalam bidang perniagaan kawalan keselamatan. Tahukah anda beliau hanya bermodalkan RM5000 sahaja semasa memulakan perniagaan kawalan keselamatan pada tahun 1981.Pada awal pembabitan dalam perniagaan ini, beliau sendiri turun padang sebagai pekerja menguruskan operasi syarikat daripada bill collector,peronda dan pengawal keselamatan sendiri.

Disinilah sebenarnya beliau dapat melihat bagaimana operasi perniagaan ini berjalan dan segala permasalahan dapat beliau atasi dan perbaiki. Kecekalan dan kesungguhan beliau membuatkan syarikat beliau berkembang kepada 50 buah cawangan diseluruh negara dengan kelengkapan alat kawalan keselamatan yg moden dan terkini.

Kejayaan beliau memang dicemburui banyak pihak tertuamanya bagaimana beliau dapat menjalankan perniagaan tanpa sesenpun bantuan dari pihak bank. Bagi beliau, modal sebenar dalam perniagaan adalah diri kita sendiri. Beliau sangat komited dalam mendidik masyarakat tentang dunia keushawanan dan kejayaan. Penubuhan MMC (Maznah Motivational Centre) adalah bukti kesungguhan beliau dalam mendidik masyarakat dan melahirkan ramai lagi usahawan yg berjaya.

Beliau kerap kali mengesa supaya kita menjadi orang yang berani merebut kejayaan dan peluang dan bukan sekadar menjadi pemerhati dalam kejayaan orang lain.

"Finish each day and be done with it. You have done what you could; some blunders and absurdities have crept in; forget them as soon as you can. Tomorrow is a new day; you shall begin it serenely and with too high a spirit to be encumbered with your old nonsense."- Ralph Waldo Emerson

From Zero to Hero - Tan Sri Loh Boon Siew

Dipilih oleh Faris Zaidi Bin Mohd Nor


Nama : Loh Boon Siew
Tahun Lahir : 1915
Meninggal Dunia : 1995
Permulaan Pekerjaan : Mekanik Kereta dan Membasuh Bas
Permulaan Perniagaan : Membeli dan membaiki 11 unit bas
Modal Permulaan Perniagaan : RM2000
Syarikat : Boon Siew Honda
Jawatan : Pengasas


Tan Sri Dato' Loh Boon Siew 1915-1995 (bahasa Cina: Tulisan Cina Tradisional 駱文秀/Tulisan Cina Ringkas 骆文秀) juga dikenali sebagai “Mr Honda” merupakan jutawan Pulau Pinang dan pengasas Boon Siew Honda.

Loh dilahirkan di Hui-An, Daerah Fujian, China. Dia menghabiskan zaman kanak-kanaknya mengumpul najis babi (sebagai bahan bakar) untuk mendapatkan duit. Ketika berusia 12 tahun, dia tiba di Pulau Pinang dalam sebuah bot kecil dari China. Dia hanya mampu bertutur dalam bahasa Hokkien dan hampir tiada pendidikan rasmi. Dia bekerja sebagai pelatih mekhanik kereta (3 ringgit sebulan) ketika baru tiba. Dia tinggal dalam kuarters pekerja ‘kolie keng’ di 4, Katz Street, Pulau Pinang dan dia menambah pendapatan dengan mengambil upah membasuh bas dengan bayaran 10 sen setiap buah.

Ketika berusia 18 tahun, Loh membeli 11 unit bas pertamanya dengan menggunakan simpanan 2,000 ringgit. Dia membaiki bas tersebut dan menjualnya dengan harga 12,000 ringgit. Kemudiannya dia membeli 39 unit bas yang lain. Pada tahun 1942, kesemua wang hasil keringatnya dirampas oleh tentera penjajah Jepun semasa Perang Dunia II. Tetapi Loh tidak berputus asa, selepas 1945 setelah Jepun kalah, dia mula menjual basikal dan peralatan motorsikal, kemudian dia mengembangkan perniagaannya untuk menjual kereta terpakai, pengangkutan dan juga bas.

Pada tahun 1950-an, Loh membuat langkah pertama dalam pembangunan hartanah dengan membina vila di Taman Saw Kit dan Jalan Loh Boon Siew di Pulau Pinang. Pada tahun 1950-an, Loh membuat langkah pertama dalam pembangunan harta tanah dengan membina vila di Taman Saw Kit dan Jalan Loh Boon Siew di Pulau Pinang.

Pada tahun 1958, ketika bercuti di metropolitan Jepun, Loh perasan popular meluas motosikal Honda Super Cub. Dia percaya bahawa mesin berkos rendah, amat berkesan akan mendapat pasaran yang meluas dalam kawasan yang semakin maju di Malaysia. Loh mengatur perjumpaan dengan Mr. Soichiro Honda, pencipta motosikal itu, yang dengan cepat menyedari potensi besar bagi kejayaan subsidiari Honda di Malaysia.


Tidak menghairankan, bilik pameran Honda Malaysia terletak di Jalan Pitt, Pulau Pinang, berhampiran dengan rumah Boon Siew. Sebagai tanda ikatan kepercayaan dan hormat yang semakin mendalam, Japanese Honda Motor Co Ltd kemudian melantik Boon Siew pengedar tunggal motorsikal Honda dinegara ini pada ketika 50 unit Honda 4-stroke cub dibawa masuk ke Malaysia dalam sejarah. Beberapa tahun kemudian kilang dibuka di Pulau Pinang bagi memasang Honda Cub dan motorsikal Honda telah dinamakan semula sebagai Boon Siew Honda. Honda Cub menjadi motorsikal paling laris di Malaysia dan Loh Boon Siew sebagai orang pertama membawa masuk motorsikal Honda Cub ke Asia Tenggara. Perkataan Kapcai berasal dari Honda Cub yang bererti motorsikal kecil di Malaysia.

Rujukan
  1. http://ms.wikipedia.org/wiki/Loh_Boon_Siew
  2. http://www.rizalimasri.com/2011/04/ts-boon-siew-pengasas-honda.html