Social Icons

google plus email

Monday 28 October 2013

Peluang Niaga 'Jagung Cawan'




Kuala Lumpur 13 Nov - Persatuan Francais Malaysia (MFA) merupakan entiti yang banyak membantu syarikat tempatan termasuklah Daily Fresh Foods Sdn. Bhd. (Daily Fresh) sehingga berjaya memasuki pasaran antarabangsa.

Daily Fresh yang terkenal dengan produk jagung dalam cawan yang dijual melalui kios - kios, telah bertapak di 15 buah negara termasuk Malaysia.


Peluasan operasi kini terus berjalan rancak untuk melibatkan beberapa buah negara lagi bermula tahun hadapan.


Setakat ini, negara - negara yang sudah diterokai ialah Russia, China, Afrika Selatan, Singapura, Indonesia, Turki dan beberapa negara di rantau Timur Tengah.


Pengurus Pembangunan Francaisnya, Mohd. Asyraf Yong berkata, sebelum menyertai MFA pada 2007, Daily Fresh hanya memiliki tiga buah cawangan dan sukar berkembang pantas disebabkan  kekangan kewangan. 



Bagaimanapun, segala galanya berubah selepas menyertai MFA, dalam tempoh setahun Daily Fresh telah berjaya memiliki 50 buah cawangan dengan sebahagian besar  dijalankan secara francais. 

Menurut Mohd. Asyraf, setakat September 2011, Daily Fresh telah  mempunyai lebih 100 buah cawangan di seluruh negara dan lebih 800 buah cawangan di peringkat  antarabangsa.

‘‘Fokus kami adalah perluasan operasi secara francais kerana  lebih mudah dan pantas. Di peringkat   antarabangsa kami menjalin kerjasama dengan usahawan tempatan agar mudah mendekati  masyarakat di sana. 

‘‘Langkah kami menyertai MFA adalah bijak dan berjaya menjadikan kami  sebagai usahawan bertaraf antarabangsa,’’ katanya kepada Utusan Malaysia di sini.

 Mohd. Asyraf  berkata, selain itu, kejayaan Daily Fresh yang dikecapi ketika ini didorong oleh kualiti produk  dan perkhidmatan yang ditawarkan oleh pelanggan serta harga yang amat bersesuaian untuk semua   lapisan masyarakat. 

Katanya, bekalan jagung diperoleh sepenuhnya dari ladang di Johor dan diproses  secara manual untuk mengekalkan keaslian rasanya. 

“Untuk menghasilkan jagung cawan bermutu,  biji biji jagung perlu dileraikan dari tongkol secara satu persatu iaitu menggunakan tenaga manusia.

“Kami juga mementingkan aspek kebersihan dalam operasi  sehingga berjaya memperoleh  sijil Analisis Bahaya danTitik Kawalan Kritikal (HACCP) daripada Pensijilan Masyarakat Dunia (WCS),’’
jelasnya.

Daily Fresh membuka pintu kepada usahawan yang berminat untuk menceburi perniagaan bersamanya sama ada menerusi kios, restoran ataupun lori.

 Untuk memulakan perniagaan menerusi kios, sebanyak RM120,000 hingga RM150,000 modal diperlukan manakala bagi lori pula sebanyak RM250,000 diperlukan.

Rujukan:
Utusan Online