Social Icons

google plus email

Monday, 28 October 2013

500 Restoran McDonald's di Malaysia menjelang 2020



MCDONALD'S Malaysia, francaisor makanan kedua terbesar di negara ini, sedang berusaha meningkatkan perniagaan dua kali ganda dalam tempoh lapan tahun akan datang.
 Pada ketika ini, terdapat 230 restoran McDonald di negara ini. Pelan ini adalah untuk mengembangkan rangkaian restorannya kepada 400 buah pada tahun 2016 dan 500 buah pada tahun 2020.
  
"Secara keseluruhannya, pelan pertumbuhan ini didorong oleh pelanggan di Malaysia.

"Permintaan yang tinggi pelangganterhadap restoran McDonald's dan apabila kami melihat pertumbuhan perniagaan, terdapat ruang untuk 500 restoran dan saya yakin kita boleh mencapai jumlah itu menjelang 2020, "kata Pengarah Urusan McDonald Malaysia  Sarah Casanova baru-baru ini.


 Ketika ini, hanya 17 peratus atau 39 restoran sahaja daripada 230 restoran dimiliki dan dikendalikan oleh francaisi bebas.

Casanova berkata bahawa nisbah ini akan berubah dalam beberapa tahun akan datang.

"Pada penghujung 2014, kami akan mempunyai 30 peratus francais atau 100 buah restoran dan pada penghujung 2016,50 peratus atau 200 buah restoran akan menjadi restoran francais, "katanya.
Syarikat kini sedang mencari calon francaisee yang sesuai.
 Disamping memenuhi kriteria kewangan diperlukan, Casanova menegaskan bahasa adalah penting bagi calon tersebut mempunyai minat dalam mengoperasikan restoran tersebut kelak.
"Kami melakukan penilaian terlebih dahulu kerana ada calon tidak ada pengalaman di dalam mengoperasikan sebuah restoran. Oleh itu kami memberi mereka 5 hari penilaian kerja.

"Anda akan melalui satu proses temuduga dan jika anda diterima, anda akan melalui satu program latihan selama setahun yang mana kami akan mengajar anda bagaimana mengoperasikan sebuah restoran McDonald's. Ianya adalah satu komitmen yang besar," ujarnya lagi.

Casanova berkata sokongan McDonald's sentiasa berterusan.

"Kami akan membantu mereka dari segi pemasaran dan juga mengenal pasti lokasi yang sesuai untuk restoran itu bertapak.

"Jika francaisi mencari sokongan dari segi rantaian bekalan, kami akan membantu mereka", katanya

Tan Heng Ree, seorang francaisi McDonald's berkata bahawa salah satu kelebihan menjadi francaisi adalah sokongan dari McDonald's Malaysia sendiri iaitu dari segi pemasaran sehinggalah mengenalpasti tapak yang sesuai.

"Seperti kebanyakan francais, saya berjaya mendapat semula modal dalam tempoh 5 tahun," kata Tan yang kini mengendalikan 3 Restoran McDonald's.



 rujukan:
Goh Thean Eu. (8 Ogos 2012). McDonald's Eyes More Franchises. Business Times. Diambil daripada http://www.btimes.com.my/Current_News/BTIMES/articles/mcd08/Article/