Social Icons

google plus email

Tuesday 29 October 2013

49 francaisor Malaysia operasi di 51 negara

KUALA LUMPUR 31 Julai - Sejumlah 49 francaisor Malaysia berjaya mengembangkan perniagaan mereka di 51 negara dengan sejumlah 1,494 ’outlet’ berjaya dibuka secara keseluruhan, Dewan Negara diberitahu hari ini. 

Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Ahmad Bashah Md. Hanipah berkata, 10 francaisor tempatan dengan outlet terbanyak di luar negara ialah
Nelson (675 outlet), Daily Fresh (481), Mary Brown (58), Bangi Kopitiam (29), Secret Recipe (25), England Optical (21), Old Town White Coffee (21), World Of Fengshui (17), Smart Readers (15) dan Royal Selangor Pewter (14). 

"Industri francais walaupun baru 19 tahun diwujudkan di dalam negara dilihat mampu mencatatkan kejayaan yang begitu membanggakan," katanya ketika menjawab soalan Senator Ahamat @ Ahamad Yusop. 

Mengenai jenama francais asing yang berdaftar dan menjalankan perniagaan mereka di negara ini, Ahmad Bashah berkata sehingga 10 Julai 2013 jumlahnya ialah 128. 

"Sebanyak 10 syarikat francais asing teratas yang menjalankan perniagaan di Malaysia ialah 7-Eleven, McDonalds, Kentucky Fried Chicken, pusat pembelajaran dan asuhan kanak-kanak Kumon, Avon, Yamaha Music, Kenny Rogers Roasters, Tutti Fruity, Subway dan Body Shop," jelasnya. - BERNAMA
Rujukan: