Social Icons

google plus email

Tuesday, 29 October 2013

Bank Rakyat sasar buka 13 lagi francais Ar-Rahnu X’Change tahun ini



RAWANG: Bank Kerjasama  Rakyat Malaysia (Bank  Rakyat)mengunjurkan pembukaan  13 lagi cawangan  perniagaan francais Ar-Rahnu  X’Change, yang akan  menjadikan kesemuanya 30  cawangan di seluruh negara  pada tahun ini.

Menteri Perdagangan  Dalam Negeri, Koperasi dan  Kepenggunaan Datuk Seri  Ismail Sabri Yaakob berkata  langkah itu bertujuan meningkatkan  sumbangan pendapatan  dari perniagaan pajak  gadai Islam yang dijalankan  oleh beberapa koperasi pada  masa ini.



Katanya beberapa lokasi  yang berpotensi untuk membuka  cawangan Ar-Rahnu  X’Change telah dikenal pasti  di seluruh Malaysia.

Lokasi itu termasuk Mantin  di Negeri Sembilan, Meru di  Klang, Bandar Tun Razak,  Segambut dan Setapak di  Kuala Lumpur, katanya semasa  merasmikan perniagaan  Francais Ar-Rahnu X’Change  Koperasi Wawasan Pekerja-  Pekerja Bhd (KOWAJA).

Setakat ini sebanyak 17  Francais Ar-Rahnu X’Change  telah beroperasi di dalam negara.  “Produk Ar-Rahnu ini  merupakan satu alternatif kepada  kebergantungan terhadap  ceti haram atau ‘Ah’long’  kerana ia merupakan penyelesaian  segera kepada keperluan  kewangan peribadi,” kata  Ismail Sabri.

Sementara itu, Pengarah  Urusan Bank Rakyat Datuk  Kamaruzaman Che Mat  berkata perniagaan Francais  Ar-Rahnu X’Change yang  dimiliki oleh koperasi menyasarkan  pengeluaran pinjaman  RM200 juta daripada  keseluruhan 30 buah Francais  Ar-Rahnu X’Change pada  tahun ini.

Secara keseluruhannya,  katanya kesemua 17 buah  francais yang dikendalikan  oleh koperasi-koperasi telah  menunjukkan prestasi yang  membanggakan dengan jumlah  pengeluaran terkumpul  berjumlah 121.7 juta pada  tahun lepas.

Pengeluaran pinjaman dari  Januari hingga Februari 2011  telah mencecah sehingga  RM24.8 juta dengan jumlah  baki pinjaman sebanyak  RM95.7 juta bagi tempoh yang sama. — Bernama

Rujukan