Social Icons

google plus email

Tuesday 29 October 2013

Killiney Kopitiam ke-13



ESTINWIRA Sdn Bhd, syarikat milik penuh Bumiputera yang menjadi francaisor induk Killiney Kopitiam di Malaysia dan Timur Tengah terus melebarkan sayapnya di pasaran negara ini apabila membuka cawangan barunya di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC) menjadikan ia restoran yang ke-13.

Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan, syarikat itu berkata pihaknya juga menyasarkan untuk membuka 50 Killiney Kopitiam di seluruh negara termasuk Sabah dan Sarawak menjelang 2015.

Katanya, setakat ini terdapat 13 Killiney Kopitiam dan sebanyak lapan cawangan lagi masih dalam pembinaan iaitu di Putrajaya, Cyberjaya, Puchong, Wangsa Maju, Ara Damansara, Nusajaya 2 dan Batu Pahat (Johor).

“Killiney Kopitiam adalah rangkaian francais kopitiam yang mempunyai 60 buah cawangan di enam negara iaitu di Malaysia, Singapura, Indonesia, Hong Kong, Australia dan Brunei.

“Syarikat juga turut memperluaskan pasaran di Timur Tengah apabila akan membuka cawangan pertama di Makkah, Jeddah dan Dubai menjelang akhir tahun ini,” katanya.

Menurutnya, lebih banyak cawangan akan dibuka di negara ini, sekali gus bagi memberi peluang kepada mereka yang berminat menjadi francaisi Killiney Kopitiam.

“Pihak syarikat juga akan bekerjasama dengan agensi kerajaan seperti SME Bank dan Perbadanan Nasional Bhd (PNS) bagi membantu melahirkan lebih ramai usahawan francais terutama di kalangan graduan dan generasi muda di Malaysia.

“Killiney Malaysia membuka peluang kepada semua usahawan dan bakal usahawan menceburi perniagaan francais. Untuk sebarang maklumat boleh melayari www.killiney-kopitiam.com,” katanya.

Killiney Kopitiam di KLCC dirasmikan oleh Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek pada 15 Julai lalu dan pada majlis itu juga beliau turut menyampaikan watikah perlantikan kepada barisan Ikon Belia Negara sempena pelancaran program IM4U oleh Perdana Menteri.

Rujukan: